Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Azim Al-Amin cemerlang, Kuala Lumpur City menang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azim-al-amin.jpg
Selepas menyelamatkan dua sepakan penalti ketika detik menentukan pasukan mana yang akan ke perlawanan akhir Piala FA setelah keputusan seri terikat tanpa jaringan hingga perlawanan masa tambahan ditamatkan. 

Penjaga gol utama Kuala Lumpur City FC, Azim Al-Amin, menjadi wira apabila berjaya membawa kelab Ibu Kota itu ke perlawanan akhir Piala FA buat kali keempat selepas memberikan aksi yang cemerlang sepanjang perlawanan. 

Dia telah berjaya menangkis setiap percubaan daripada penyerang-penyerang utama Terengganu FC.

Walaupun Sang Penyu mendominasi perlawanan tetapi penyerang utama mereka masih tidak berjaya untuk memperdayakan Azim yang mempunyai keupayaan membaca permainan dengan baik. 

Atas faktor itu juga membuatkan pemain-pemain Kuala Lumpur City bersemangat untuk mempertahankan kubu mereka. 

Lihat sahaja  bagaimana kerja keras yang dipamerkan Nazirul Naim  Che Hashim, T. Saravanan dan ramai lagi sehinggakan pemain-pemain Sang Penyu tertekan memikirkan bagaimana mencari jalan untuk menembusi benteng The City Boys.



Pujian harus diberikan kepada pemain-pemain The City Boys kerana mereka berjaya menyerap semua tekanan yang diberikan dan lebih penting taktikal disiplin ketika bertahan. 

Sementara itu, pemain-pemain Sang Penyu perlu menyalahkan diri mereka kerana tidak menggunakan kesempatan bermain di tempat sendiri terutama ketumpulan penyudahnya. 




Faktor itu yang membuatkan mereka sendiri tertekan dan ia memberi kelebihan kepada The City Boys ketika bertahan.

Kekuatan mental dan fizikal serta perancangan strategi yang baik dilakukan Bojan Hodak juga merupakan intipati kejayaan pasukan dari Lembah Klang untuk layak ke perlawanan akhir Piala FA. 

Ini merupakan kejayaan yang penuh bermakna untuk Bojan dan anak didiknya kerana pelbagai dugaan dan rintangan dihadapi mereka pada musim ini terutama daripada aspek kemudahan latihan tetapi itu bukan menjadi alasan kepada Bojan dan anak didiknya untuk tidak terus memberikan aksi yang cemerlang. 

Itulah keharmonian dan semangat juang yang tinggi membuat mereka terus menikmati apa yang diimpikan.

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video