Skip to main content

Bola Sepak

Sensasi terbaharu JDT, Shahab Zahedi muncul pemain pertama ledak hatrik Liga Super

Zahedi
Advertisement

Tidak perlu menunggu lama, Shahab Zahedi hanya perlukan dua perlawanan liga untuk muncul pemain pertama mencetak hatrik pada saingan Liga Super musim 2026/27 dengan membantu Johor Darul Ta'zim (JDT) berpesta gol 9-0 ke atas Kelantan Red Warrior (KRW) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) malam tadi.

Penyerang kebangsaan Iran itu menjaringkan gol pembukaan tuan rumah seawal 80 saat permainan dan menariknya, keserasiannya bersama kapten, Arif Aiman Hanapi, cukup memukau dalam menghasilkan jaringan kedua pada minit ke-37.

Advertisement

Zahedi juga dilihat memahami standard yang diletakkan ke atas pasukan Harimau Selatan itu dengan tidak mudah berpuas hati dan hasilnya, dia cemerlang mencetak hatrik sulungnya dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M), juga yang pertama direkodkan musim ini sebaik perlawanan memasuki 50 minit permainan.

Pemain berusia 31 tahun itu juga tidak mudah terbuai dengan sorakan gemuruh penyokong, dia terus memperkemas jentera serangan dan berjaya menambah jaringan keempat peribadinya dengan menyudahkan hantaran Afiq Fazail untuk JDT mendahului 6-0.

Advertisement

Pemain lain yang turut menyumbang jaringan untuk JDT menang besar keatas KRW pada aksi kedua liga musim ini adalah Jairo Da Silva, Matias Nahuel, Eddy Israfilov dan Arif Aiman yang jelas cukup cemerlang dengan turut membuat tiga bantuan gol.

Persembahan baik yang dipamerkan barisan pemain JDT setakat ini ternyata memberi masalah yang baik buat pengendalinya, Xisco Munoz musim ini.

Berselang beberapa minit usai tamat aksi kedua-dua kelab, giliran Jerome Mpacko Etame dari Kuching City menyumbat hatrik tatkala berdepan Kuala Lumpur (KL) City dalam satu lagi aksi di Cheras semalam.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video