Pertahanan Kelantan The Real Warriors (KTRW), Azwan Aripin, nyata lega apabila dapat membantu pasukannya mara ke suku akhir meskipun dipaksa bekerja keras terutamanya untuk bertahan sepanjang perlawanan.
Ujar pemain yang mesra disapa 'Awe' itu, masih banyak kelemahan perlu diperbaiki Sang Kijang Emas menjelang aksi suku akhir yang dijadualkan berlangsung bulan depan.
Menyedari ianya bukan tugas mudah, Awe bagaimanapun pasang impian untuk membawa negeri kelahirannya itu mara ke pentas final Piala FA musim ini.
Untuk rekod, pemain berusia 29 itu muncul antara watak penting berjaya membantu Sri Pahang mara ke final dan meraih gelaran naib juara Piala Malaysia musim lalu.
"Syukur atas kejayaan melangkah ke suku akhir, kami banyak bertahan dalam perlawanan kali ini. Jadi kami berjaya melakukannya.
"Terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki kerana bertemu Sabah, mereka dibarisi pemain yang berkualiti.
"Saya masih belum pernah ke final bersama Kelantan, jadi saya serta rakan sepasukan akan cuba melakukan sebaik mungkin."