Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: 10 pemain Penang gagal kekang kemenangan JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt-penang.jpg
Johor Darul Ta’zim (JDT) meraih kemenangan ke atas Penang FC dalam aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Bandaraya sebentar tadi.

JDT dalam misi mencari momentum menjelang aksi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) menentang wakil China, Chengdu Rongcheng.

Manakala Penang tekad menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri dengan harapan dapat mengejutkan JDT yang berstatus juara bertahan.

JDT meraih gol pendahuluan seawal minit keenam menerusi Oscar Arribas.

Kem Sang Harimau Kumbang kembali ceria 29 minit selepas itu. 

Giliran pemain pertahanan kebangsaan, Adib Ra’op pula menyumbat gol penyamaan buat tuan rumah.

Penang kemudiannya ditimpa malang apabila beraksi dengan 10 pemain apabila VAR menampilkan kekasaran yang dilakukan Ahmad Irfan Mohd Noor ke atas Romel Morales.

Kemasukan Manuel Hidalgo dan Nacho Mendez dalam separuh masa kedua membenarkan Harimau Selatan meningkatkan tekanan ke atas kubu Penang untuk memburu gol kedua perlawanan.

Ager Aketxe kembali meletakkan JDT di hadapan pada minit ke-55 -- sepakan percuma yang disempurnakan menerjah jaring Penang meskipun cuba dihalang Khairulazhan Khalid.

Keadaan padang yang semakin lecak menyukarkan kedua-dua pasukan menunjukkan aksi baik di Stadium Bandaraya. Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.
 

Advertisement

Must Watch Video