Pep Guardiola bergurau bahawa dia dan Jurgen Klopp perlu bermain untuk pertemuan di antara Manchester City dan Liverpool dalam aksi Piala EFL apabila kedua-dua pasukan bertemu selepas tamat Piala Dunia.
Pesaing dalam Liga Perdana Inggeris itu akan bertemu buat kali ketiga musim ini, setelah berdepan dalam Perisai Komuniti dan aksi liga, dengan The Reds menang dalam kedua-dua perlawanan, apabila mereka bermain sesama sendiri dalam pusingan keempat Piala EFL.
Pertemuan itu hadir tidak lama selepas selepas tamat saingan Qatar 2022, dengan perlawanan akan berlangsung hanya beberapa hari selepas perlawanan akhir Piala Dunia pada 18 Disember.
Ia telah menyebabkan Guardiola mencadangkan kedua-dua pengurus mungkin perlu kembali menyarung but, sambil mengakui dia tidak tahu bagaimana penampilan pasukannya dalam perlawanan itu nanti.
"Dia akan bermain di bek kiri," katanya sambil menyindir Klopp. "Saya akan bermain pemain tengah bertahan. [Tetapi] saya tidak tahu berapa ramai pemain yang akan kami ada.
"Jika [pasukan kebangsaan mereka] tidak melepasi peringkat kumpulan, maka mereka akan dapat menentang Liverpool. Jika tidak, maka kita akan lihat. Pemain akan kembali, tetapi saya tidak tahu dalam keadaan apa [lagi] ."
Kedua-dua City dan Liverpool akan menyaksikan beberapa pemain utama menuju ke Qatar bersama negara masing-masing, walaupun terdapat pemain tidak akan beraksi.
Itu termasuk pemain seperti Erling Haaland dan Mohamed Salah, apabila Norway dan Mesir tidak layak ke Qatar 2022, manakala yang lain seperti Roberto Firmino dan Thiago Alcantara tidak tersenarai.

Workout ? pic.twitter.com/QDkkzfWq1q
— Manchester City (@ManCity) November 10, 2022