Justeru, mereka penyokong sendiri di Stamford Bridge sebaik permainan dengan The Bees itu berakhir untuk kekalahan ketiga di laman sendiri yang secara tidak langsung memberi tekanan kepada Pochettino.
Pengurus Chelsea itu memahami kekecewaan penyokong sambil mencadangkan terdapat di sebalik persembahan mereka yang tidak tekal.
Bercakap menjelang pertembungan pusingan 16 Piala Liga Inggeris (EFL) melawan Blackburn awal pagi esok, Pochettino berkata: “Saya rasa mereka perlu berdiri teguh di belakang kami dan saya tahu sukar untuk menyembunyikan perasaan anda dan ini adalah lumrah.
“Peminat mahu menang dan kecewa dan mereka meluahkan emosi tetapi mesejnya adalah untuk menunjukkan kepercayaan mereka terhadap kami dan pastinya ia mengenai proses menaruh kepercayaan.
“Terdapat banyak perinciannya atas apa yang telah berlaku (yang menyumbang kepada prestasi buruk kelab London itu) dan anda sentiasa juga memerlukan nasib.
Full time.#CheBre pic.twitter.com/W2RYLkgIB2
— Chelsea FC (@ChelseaFC) October 28, 2023
“Salah satu situasi yang berlaku ialah kecederaan Christopher Nkunku. Dia adalah pemain yang kami tandatangani dengan objektif untuk melengkapkan pasukan ini dan membantu meletakkan kami di kedudukan berbeza.
“Dalam beberapa perlawanan lalu, kami mencipta peluang dan tidak menjaringkan gol, kami tidak meraih keputusan yang sepatutnya. Saya rasa kami lebih layak jika bercakap tentang prestasi kerana kami perlu lebih agresif.
“Dalam perlawanan terakhir kami mencipta peluang dan persembahan kami lebih bagus daripada Brentford yang tidak banyak melakukan hantaran.
"Apa pun, ia belum mencukupi dan kami perlu mengkritik diri sendiri pada ketika ini."