Skip to main content

Bola Sepak

Piala EFL: Liverpool sedia untuk 'permulaan baru'

lijnders.jpg
Liverpool bersedia untuk 'permulaan baru' apabila kembali turun berjuang menentang Manchester City dalam Piala Liga Inggeris (EFL), kata penolong pengurus, Pep Lijnders.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu menempuhi prestasi buruk pada awal musim ini menuju ke rehat Piala Dunia yang menyaksikan mereka tergelincir di tangga keenam Liga Perdana Inggeris (EPL) -– tujuh mata mengekori kedudukan keempat dan 15 mata di belakang pendahulu, Arsenal.

Lantas, The Reds memerlukan peningkatan ketara menjelang baki musim ini tetapi Lijnders percaya petanda positif telah ditonjolkan sebelum temasya di Qatar lagi, termasuk kemenangan berturut-turut menentang Tottenham dan Southampton.

"Kami melihatnya sebagai permulaan baharu. Barisan pemain kelaparan, mereka bersemangat, mereka mahu menunjukkannya di atas padang," katanya. 

 

"Kami sedar kami perlu komited. Menentang City akan ada saat di mana ia tidak akan menjadi mudah, tetapi setiap pemain kami mempunyai pengalaman ini. Ia pasti akan menjadi persembahan terbaik.

"Saya fikir kami dalam perjalanan untuk bangkit. Sejujurnya, saya rasa kami memiliki momentum sebelum Piala Dunia. Kami perlu menjalani kehidupan seperti sedia ada, banyak perkara yang tidak boleh diubah, jadi kami perlu memberikan yang terbaik daripadanya.

“Itulah yang sering kami cuba lakukan, kami gunakan kesempatan ini bukan sahaja untuk melatih paru-paru, kaki, jantung, bahkan melatih mata dan minda menerusi sesi panggilan video.

"Kami tahu kami mampu berjaya, masih ada banyak perlawanan yang perlu diharungi."

Advertisement

Must Watch Video