Bruno Fernandes percaya prestasi semasa Newcastle United adalah 'kejutan terbesar musim ini' dan menjangkakan perlawanan akhir Piala EFL yang 'agak sukar'.
Manchester United menentang Newcastle di Wembley awal pagi esok, dengan kedua-dua pasukan mempamerkan aksi cemerlang musim ini selepas bergelut dalam kempen 2021-22.
Selain mara ke final, United telah berusaha keras untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris, manakala Newcastle kekal memburu tempat empat teratas dan kelayakan Liga Juara-Juara.
"Saya rasa semua orang tahu bahawa Newcastle mungkin menjadi kejutan terbesar musim ini," kata Fernandes kepada Sky Sports. “Bukan kerana kualiti mereka, kerana kualiti sentiasa ada, tetapi kerana musim lalu mereka bergelut untuk kekal dalam EPL dan musim ini mereka bermain dengan sangat baik.
"Saya rasa semua orang tahu [mereka] pasukan yang cukup kuat dan sengit. Mereka tidak melepaskan banyak gol musim ini. Saya fikir mungkin yang terbaik atau kedua terbaik di Eropah.
"Tetapi ia lebih megnenai kami. Ia lebih kepada apa yang boleh kami lakukan terhadap mereka, apa yang boleh kami lakukan dalam tahap tumpuan kami, tahap keghairahan dan dari segipada kualiti. Kerana kami tahu ia akan menjadi perlawanan akhir yang agak sukar walau siapa pun beraksi. Ia sentiasa sukar kerana ia adalah perlawanan akhir, keinginan, keghairahan untuk memenangi trofi sentiasa berada di tahap tertinggi."
Kebangkitan United cukup pantas sejak Erik ten Hag masuk sebagai pengurus dari Ajax, termasuk kemenangan pada Jumaat menentang Barcelona dalam pusingan playoff Liga Europa.
"Dia membawa ideanya, disiplin semasa sesi latihan, sepanjang minggu, semasa perlawanan," kata Fernandes. “Jelas sekali saya rasa perubahan paling penting ialah keputusan dan keyakinan jauh lebih tinggi sekarang pada masa ini.
"Kami percaya bahawa proses yang kami lalui adalah yang betul. Saya fikir semua orang mempunyai kepercayaan yang betul. Semua orang mengikuti idea yang dibawa oleh jurulatih kepada kelab, kepada pasukan."

19 - Manchester United have had 19 goals scored by substitutes in all competitions this season, the most of any big five European league side in 2022-23. Depth. pic.twitter.com/Bc8DqEXQin
— OptaJoe (@OptaJoe) February 23, 2023