Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia Qatar: Ronaldo 'seluk' seluar jadi bualan warga net

c7a5d3448b4ff8c3.jpg
Apakah yang dicari Cristiano Ronaldo di dalam seluar semasa perlawanan pembukaan Portugal di Piala Dunia 2022?

Itulah yang masih difikirkan peminat Ronaldo selepas kapten Portugal itu menyeluk seluar dan memasukkan sesuatu ke dalam mulutnya.

Ronaldo, yang baru-baru ini berpisah dengan Manchester United, mempamerkan persembahan menakjubkan dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia FIFA menyaksikan pasukannya mengatasi Ghana dalam perlawanan kumpulan mereka.

Dia menjaringkan gol dalam pertembungan itu dalam membantu mengalahkan The Black Stars 3-2 sekaligus menjadi menjadikan dirinya sebagai pemain pertama yang menjaringkan gol dalam lima edisi Piala Dunia.

Bagaimanapun, peristiwa penting itu bukanlah apa yang dibualkan oleh penyokong selepas Ronaldo mula mengunyah sesuatu selepas mengeluarkannya dari dalam seluarnya.

Rakaman ringkas menunjukkan bintang itu berjalan di atas padang dan tiba-tiba mencapai seluarnya dan mengeluarkan sesuatu dan memasukkannya ke dalam mulutnya sebelum mula berlari semula.
 

Walaupun kebanyakannya terhibur dengan rakaman itu, ada yang membuat andaian tentang perkara yang mereka saksikan.

Sejenis gula-gula getah atau manisan yang tersembunyi di dalam poket dalam seluar Ronaldo adalah beberapa spekulasi yang dibincangkan warga net.

Portugal akan menentang Uruguay Isnin depan dalam perlawanan seterusnya.

Uruguay seri 0-0 dengan Korea Selatan dalam pertemuan pertama mereka dalam Kumpulan H.

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found