Foden membuat permulaan pertama dalam kejohanan itu dengan membantu mencipta kemenangan 3-0 ke atas Wales untuk mengesahkan tempat skuad The Three Lions dalam pusingan 16.
Gareth Southgate berdepan pilihan sukar untuk membuat perhitungan dengan juara Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) itu di Stadium Al Bayt, awal pagi esok, sambil Foden perlu menunggu adakah dia akan mengekalkan tempatnya dalam kesebelasan utama.
"Nasib saya adalah tidak menentu," katanya kepada BBC TV.
"Saya kecewa kurang diturunkan dalam kesebelasan utama tetapi ia adalah sebahagian daripada taktik kejohanan ini. Saya adalah pemain yang berjiwa berpasukan dan apabila saya mendapat peluang saya akan memanfaatkannya."
Foden menambah: "Perhatian media terarah untuk melihat saya memulakan perlawanan, sukar untuk melepaskan diri daripada tanggapan itu.
What a night! Absolutely buzzin’ to score my first goal in the World Cup! ⚽️ Come on England! ???????? pic.twitter.com/3rYoSXzHOr
— Phil Foden (@PhilFoden) November 29, 2022
"Terdapat banyak persaingan di sini. Bukayo Saka telah tampil dengan baik dan menjaringkan gol dalam perlawanan pertama, Marcus Rashford turut mencetak jaringan dan beraksi dengan sangat baik ketika menentang Wales.
“Semua orang menjaringkan gol dan semua orang telah membuktikan kemampuan, jadi Gareth pasti akan pening kepala untuk memilih pasukan terbaik untuk dipertaruhkan dalam perlawanan seterusnya.
“Menjaringkan gol ketika menentang Wales sudah pasti menawarkan saya salah satu perasaan terbaik dalam karier setakat ini, ia detik yang istimewa.
"Saya berasa mempunyai peluang untuk memulakan perlawanan seterusnya. Saya bermain dengan baik ketika bertemu Wales, tetapi kita perlu lihat apa yang berlaku."