Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia Qatar: Karim Benzema kobarkan semangat Perancis

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

benzema.jpg
Karim Benzema menyatakan sokongannya kepada Perancis menjelang perlawanan separuh akhir Piala Dunia bertemu Maghribi, awal pagi Khamis ini, apabila berpesan kepada Les Bleus bahawa mereka sudah "begitu hampir".

Wakil Eropah itu berhasrat untuk mempertahankan kejuaraan yang dilakar di Russia pada 2018 selepas melepasi ranjau suku akhir dengan menewaskan England 2-1, kelmarin. 

Pasukan kendalian Didier Deschamps itu akan menentang kuda hitam kejohanan, Maghribi -- yang muncul sebagai pasukan Afrika pertama mara ke separuh akhir -- sementara Perancis mengintai kejuaraan utama buat kali kedua berturut-turut.

Pemilik Ballon d'Or yang baru ditabalkan itu pada awalnya dijangka akan mengetuai barisan Perancis di Qatar, tetapi kecederaan paha memusnahkan harapan penyerang Real Madrid itu.

 


Namun, kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh penyerang Milan, Olivier Giroud, yang meledak empat gol dalam empat perlawanan termasuk ketika menyingkirkan England.

Benzema, yang mula menjalani latihan di kelabnya, kemudian menggunakan media sosial untuk menggalakkan rakan sepasukannya di kem Perancis.

Dia menulis di Instagram: "Ayuh semua. Dua perlawanan lagi untuk kita sampai... Saya di belakang kamu...Ayuh."

Advertisement

Must Watch Video