Bayern Munich mengesahkan Sadio Mane mengalami kecederaan pada fibula kanannya, namun ia tidak menjejaskan penampilan bintang Senegal itu ke Piala Dunia Qatar.
Mane mengalami kecederaan semasa Bayern menewaskan Werder Bremen Selasa lalu.
Julian Nagelsmann kemudiannya mendedahkan Mane telah disyaki mengalami masalah tulang kering dan akan dinilai lebih lanjut keesokkan harinya, walaupun laporan di Perancis dan Jerman mendakwa bekas penyerang Liverpool berusia 30 tahun itu tidak akan kembali cergas pada masanya untuk beraksi bersama Senegal di Qatar.
Semalam, Bayern mengesahkan kecederaan Mane, dengan masalah yang dialami di bahagian atas fibula kanannya, dengan juara Bundesliga itu mengetepikan pemain tersebut daripada pertembungan mereka dengan Schalke Sabtu ini.
"Mane mengalami kecederaan di kepala fibula kanannya. Dia tidak bermain untuk perlawanan menentang Schalke.
"Penilaian lanjut akan menyusul dalam beberapa hari akan datang, FC Bayern akan berhubung dengan pihak perubatan Persatuan Bola Sepak Senegal."
Pemenang Piala Negara-Negara Afrika itu menamakan skuad mereka Jumaat lalu, mereka diundi dalam Kumpulan A, bersama Belanda, Ecuador dan tuan rumah Qatar.