Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia Kelab: Kejayaan medan pacu kebangkitan Real Madrid -- Ancelotti

ancelotti.jpg
Carlo Ancelotti percaya memenangi Piala Dunia Kelab hujung minggu ini boleh menjadi dorongan yang diperlukan buat Real Madrid sambil dia menyokong Karim Benzema untuk kembali ke prestasi terbaiknya.

Benzema terbang lewat ke Maghribi bersama-sama Eder Militao dengan harapan mereka boleh memainkan peranan dalam perlawanan akhir menentang Al Hilal, awal pagi esok, selepas pulih daripada kecederaan ringan.

Madrid berdepan tempoh sukar berikutan kekalahan kepada Real Mallorca dalam LaLiga hujung minggu lalu menyaksikan mereka tercicir lapan mata di belakang pendahulu, Barcelona.

Perlawanan pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) menentang Liverpool bakal diadakan dua minggu lagi selepas kali terakhir mereka bertemu dalam final tahun lalu yang dimenangi Madrid, sekali gus menakluki Eropah buat kali ke-14.

Awal pagi esok bakal menjadi detik penting buat Madrid dan menjulang trofi pasti membantu mengobarkan semangat juang mereka bagi baki musim ini. 

Ditanya sama ada pertemuan dengan Al Hilal merupakan satu perlawanan lebih menjurus kepada aspek kerugian untuk Madrid, Ancelotti berkata: "Saya tidak melihatnya seperti itu kerana ia merupakan gelaran penting bagi menandakan satu pengakhiran perjalanan yang panjang.

"Perlawanan akhir ini mampu menawarkan kami rangsangan. Kami memiliki keyakinan dan apa yang penting ialah tidak kehilangannya."

Dia menambah: "Untuk menilai prestasi Real Madrid musim ini bukan mudah. Kami bermula dengan baik menerusi Piala Super Eropah dan kami berjaya hingga detik Piala Dunia.


 

"Kemudian Piala Dunia tiba dan kami pernah mengatakan tidak dapat jangkakan apa yang akan berlaku. Kami mengambil sedikit masa untuk memulihkan pemain yang telah menyertai Piala Dunia. Bulan lalu merugikan kami daripada segi pungutan mata dan kecederaan. 

"Bulan Januari sudah berakhir, Februari kini tiba dan saya rasa kami sedang berjalan dengan baik.

"Kami mencapai detik penting musim ini dengan pemain mula kembali dan dengan idea untuk memberikan persembahan yang maksimum. 

"Esok adalah perlawanan akhir dan Madrid sangat menghormati perlawanan akhir. Kami akan beraksi dengan maksimum secara fizikal, teknikal dan taktikal."

Advertisement

Must Watch Video