Astro bakal memberikan pengalaman unik kepada semua peminat bola sepak menjelang Piala Dunia 2018 dengan aplikasi terbaru Stadium Astro untuk merasai perlawanan secara langsung dengan lebih dekat menerusi paparan realiti maya (VR).
Astro selaku penyiar rasmi Piala Dunia Russia 2018 inginkan peminat bola sepak tidak ketinggalan untuk terus merasai kehangatan dengan tawaran yang cukup menarik daripada Astro Digital kali ini.
Mereka yang menginginkan kelainan boleh memuat turun applikasi Stadium Astro VR secara percuma bagi merasai pengalaman menyaksikan perlawanan secara langsung dengan lebih dekat dan jelas.
Aplikasi ini akan membawa penonton kepada aksi menyeluruh dengan 180 darjah gambaran jelas di dalam stadium.
Bukan itu sahaja, sebanyak 37 sudut kamera dalam stadium disediakan, termasuk aksi gerak perlahan dan 37 sudut kamera yang disediakan untuk penonton.
"Selepas dua, tiga minit selepas jaringan gol, anda hanya perlu ke www.stadiumastro.com untuk menyaksikan sekali lagi jaringan itu menerusi sisi kamera yang berlainan.
"Anda boleh menontonnya dari pelbagai sudut kamera dan ia bergantung kepada stadium," kata Ketua Bahagian Sukan Astro, Lee Choong Khay.