Artikel ini ditulis ketika saya berada di ‘Boarding Area’ atau ruang pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA. Saya bersama jurukamera yang lebih mahu dikenali sebagai ‘Botak’ ditugaskan ke bumi Qatar untuk kempen Piala Asia Qatar 2023.
Sambil menunggu sebelum masuk ke pesawat Airbus MH0164 yang akan ‘take off’ ke Doha pada jam 2.25 pagi, ada perkara yang ingin dikongsi.
Pengalaman membuat liputan untuk Piala Asia Qatar memang mengujakan dan ia secara tidak langsung mengimbau kenangan beberapa tugasan lalu.
Momen paling ‘best’ ketika Kejohanan AFC Bawah-23 di China pada 2018. Skuad muda negara yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee membuat kejutan mara ke suku akhir sebelum tunduk di tangan Korea Selatan 2-1.
Piala AFF 2018 juga tidak dapat dilupakan. Mungkin, ramai yang masih ingat bagaimana skuad kebangsaan bimbingan Tan Cheng Hoe menyingkirkan Thailand dalam aksi penuh dramatik di peringkat separuh akhir sebelum menamatkan kempen selaku naib juara.
Selain itu, Sukan SEA 2011 Jakarta-Palembang masih segar dalam ingatan saya selaku wartawan muda ketika itu apabila Malaysia merangkul ibu segala pingat emas menerusi kemenangan epik ke atas tuan rumah Indonesia pada aksi final di Stadium Gelora Bung Karno.
Jadi, saya harap ada lagi kenangan manis dalam karier sebagai wartawan bola sepak Astro Arena apabila berpeluang menjadi perakam sejarah untuk penampilan skuad Harimau Malaya di pentas Piala Asia 2023 yang diibaratkan seperti 'Piala Dunia' Asia.