BOLA SEPAK
Piala Dr. Zambry Abd Kadir: Simbolik aksi legenda bola sepak Malaysia
Kejohanan bola sepak 4 penjuru 'Legend All Stars' Piala Dr. Zambry Abd Kadir secara rasminya dilancarkan pada di Manjung, Perak hari ini.
Ia lebih daripada sekadar perlawanan, malah merupakan simbolik semangat bekas pemain yang tak pernah luntur untuk terus beraksi di atas padang.
Menurut Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Azhar Jamaluddin, usaha ini sememangnya disambut baik badan induk itu, yang dilihat mampu meningkatkan semula keghairahan dalam kalangan peminat bola sepak tanah air.
Iklan
"Ia memberi satu inspirasi baharu kepada bekas pemain kerana mampu untuk memperingati jasa mereka.
Kejohanan Bola Sepak 'Legend All Stars' Piala Dr Zambry Abd Kadir' Negaraku ' berkumandang di Stadium Majlis Perbandaran Manjung! 🔥@ASTROARENA pic.twitter.com/Tu36zJX0Cc— Ainul Abd Rouf (@ainulameerul) July 5, 2025
"Masa yang bersesuaian apabila melihat beberapa pasukan tidak dapat menyertai Liga Super terutamanya Perak, ini memberi satu nafas baharu untuk akar umbi.
"Ini adalah titik untuk bola sepak Perak bangkit semula," katanya di Nadi Arena.
"Saya menerima permintaan tetapi kami akan melakukan pertandingan bersifat empat penjuru sahaja.
"Ada rezeki, kami akan berkembang dan menambah bilangan pasukan dan bergantung kepada keupayaan.
"Mungkin suatu ketika akan mengadakan perlawanan di luar negara membabitkan legenda luar negara," kata penganjur, Datuk Rashidi Ibrahim.
30 bekas pemain daripada 80 legenda yang bertanding dalam kejohanan ini berpotensi dipilih memenuhi senarai pasukan 'Utara All Stars', yang kini dalam proses penubuhan.
"Kami sangat terharu dengan penganjuran ini, selain berasa teruja dan terharu. Ini adalah masa yang terbaik untuk bertemu semula rakan-rakan," kata bekas pemain Kedah, Nidzam Adzha.
Must-Watch Video