TERENGGANU IV 1 NEGERI SEMBILAN 1
Naib juara musim lalu, Terengganu FC (TFC) IV, kekal di tangga teratas Kumpulan B, Piala Belia walaupun sekadar seri 1-1 dengan Negeri Sembilan di Kuala Nerus, petang tadi.
TFC IV terpaksa menanti sehingga minit ke-36 untuk menguji kubu pelawat yang menyaksikan sepakan percuma Muhammad Isa Raman tepat ke dakapan penjaga gol lawan.
Isa (m-44) kemudian melakukan rembatan kencang dari dalam kotak penalti yang ditepis Mohd Inrah Mohd Jaffar untuk memberikan sepakan sudut kepada tuan rumah.
Berpunca daripada sepakan sudut itu, tindakan susulan Muhammad Hisham Ismail memberikan gol pertama TFC IV selepas percubaan awal menggegar palang gol lawan.
Negeri Sembilan memperkemaskan rentak dalam babak kedua dan menyamakan kedudukan menerusi tandukan kemas penyerangnya, A. Selvan, pada minit ke-60.
Mohamad Hazrulniezam Hashim hampir mengejutkan TFC IV, namun tandukan kapten Negeri Sembilan itu pada minit ke-83 tersasar ke sebelah tepi.
Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat dengan TFC IV mengumpul 10 mata daripada empat perlawanan, satu mata mengatasi pasukan di tangga kedua, Johor Darul Ta'zim (JDT) IV.
Keputusan Kumpulan A:
KELANTAN 2 MELAKA 2
KL 2 PKNP FC 0
PKNS FC 2 PJ CITY FC 0
UITM FC 1 SSBJ B-17 0
KUMPULAN B:
SARAWAK 0 PERAK 1
PULAU PINANG 0 JDT IV 1
AMD B-16 3 SABAH 1
SELANGOR 3 KEDAH 0