REP. KOREA 3 BAHRAIN 1
Republik Korea membuktikan bahawa mereka layak bergelar antara kuasa bola sepak Asia apabila membenam Bahrain 3-1 dalam perlawanan pembukaan Piala Asia Kumpulan E yang dilangsungkan di Jassim Bin Hamad Stadium.
Hwang In-beom berjaya meletakkan Taeguk Warriors di hadapan pada minit ke-38 sebelum disamakan pemain Bahrain, Abdullah Al Hashash pada minit ke-51.
Enggan menunggu lama, pertahanan kiri Republik Korea, Lee Ki-je terus menghukum kealpaan pihak lawan dengan dua jaringan masing-masing pada minit ke-56 dan 58, sekali gus meletakkan skuad tersebut cemerlang dengan keputusan 3-1.
Korea kini menghuni tangga teratas Kumpulan E sambil perlawanan antara Malaysia dan Jordan akan menyusul sebentar lagi.