Skip to main content

Bola Sepak

Piala Asia: Qatar jamin pengalaman menarik buat penyokong Harimau Malaya

jassim-abdulaziz-al-jassim.jpg
Kehadiran Harimau Malaya ke Piala Asia antara tumpuan selepas kali terakhir skuad kebangsaan melakukannya 16 tahun lalu atas dasar penganjuran di samping empat  negara Asia Tenggara membabitkan Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jawatankuasa Penganjur Tempatan Piala Asia Qatar 2023, Jassim Abdulaziz Al Jassim, percaya semua pasukan mantap dan berpeluang ke pusingan seterusnya dengan Malaysia mampu memberikan kejutan besar. 

"Pengalaman pasukan yang berkunjung ke mari untuk menikmati perkara lain merupakan salah satu perkara menarik mengenai kejohanan ini. 

 

"Saya ajak rakyat Malaysia datang ke Qatar dan kehadiran anda untuk menyaksikan perlawanan dialu-alukan," katanya ketika ditemu bual wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, di Doha. 

Advertisement

Must Watch Video