Skip to main content

Bola Sepak

Piala Asia: Palestin beri masa sukar kepada Qatar sebelum tewas

palestine.jpg
Juara bertahan, Qatar terpaksa menempuh laluan sukar sebelum layak ke suku akhir Piala Asia dengan kemenangan 2-1 ke atas Palestin di Stadium Al Bayt malam tadi.

Selepas dua kali membuat percubaan, akhirnya Palestin membuka akaun jaringan menerusi Oday Dabbagh yang membuat larian solo melepasi dua pertahanan Qatar sebelum membuat rembatan sudut bawah jaringan pada minit ke-37 perlawanan.

Beberapa saat sebelum waktu rehat, penyerang Qatar, Akram Afif dan Hassan Al Haydos bergabung melakukan sepakan sudut sekali gus gol penyamaan berjaya dihasilkan.

Bermulanya separuh masa kedua, tuan rumah mengekalkan momentum serangan mereka dan memaksa pemain pertahanan Palestin, Mohammed Saleh untuk melakukan kesilapan membentes Almoes Ali dalam kotak penalti.

Dihukum dengan sepakan penalti, Afif merembat kencang menumpaskan panjaga gol Palestin, Ikram Rami Hamadeh sekali gus menamatkan perlawanan dengan keputusan 2-1.

Walaupun Palestin tewas tipis ke atas pasukan tuan rumah, namun mereka berjaya memberikan tentangan sengit sebelum terpaksa akur dengan hukuman ke atas kesilapan yang dilakukan.

Qatar bakal kembali ke Stadium Al-Bayt bertemu pemenang aksi di antara Thailand atau Tajikistan yang bakal bertemu malam ini.

Advertisement

Must Watch Video