JEPUN 3 IRAN 0
Jaringan berganda Yuya Osako membantu Jepun menewaskan pasukan pilihan, Iran, 3-0 di Stadium Haza Bin Zayed, Al Ain sebentar tadi untuk melangkah ke perlawanan akhir Piala Asia 2019.
Aksi separuh akhir pertama itu menyaksikan pertembungan dua pasukan terbaik dalam kejohanan edisi kali ini.
Walaupun skuad Iran bimbingan Carlos Queiroz itu terlebih dahulu dihidangkan peluang, namun keputusan pengadil tidak memihak mereka untuk sekali gus membuka laluan buat Jepun mara memburu kejuaraan buat kali kelima.
Namun, sebelum itu, kedua-dua pasukan gagal menyerlahkan penguasaan dalam separuh masa pertama dan gambarannya tidak banyak berubah selepas rehat sehinggalah Jepun memecah kebuntuan, meninggalkan pemain-pemain Iran dalam kemarahan gara-gara seorang pemain Jepun didakwa mereka sengaja merebahkan diri yang membawa kepada gol pertama Osako.
Jepun kemudian dianugerahkan sepakan penalti, yang sekalipun selepas ulang tayang video bantuan pengadil (VAR), tetap dibenarkan. Osako dengan yakin membenam sepakan itu sebelum Genki Haraguchi melenyapkan sisa-sisa harapan Iran untuk bangkit.
Separuh masa pertama yang sengit dengan peluang yang sedikit lebih dahulu menyaksikan Jepun menghidu peluang tetapi Ritsu Doan hanya berupaya melepaskan percubaan lemah dari jarak 16 ela pada minit ke-19.
Iran pula kembali bersemangat sejurus kemudian selepas Sardar Azmoun bertukar hantaran satu-dua dengan Vahid Amiri, sebelum memaksa aksi menyelamat daripada penjaga gol, Shuichi Gonda.
Jepun mendahului secara kontroversi pada awal separuh masa kedua.
Tatkala pemain-pemain Iran berasakan Takumi Minamino sengaja merebahkan dirinya dalam satu gerakan dan mengerumuni pengadil, pemain itu bingkas bangun mengejar bola berhampiran sudut sebelah kiri padang dan melintangkan hantaran untuk Osako menanduk masuk.
Kontroversi berulang lagi selepas sejam permainan setelah bola terkena tangan Morteza Pouraliganji, dengan pengadil segera menghadiahkan sepakan penalti dan mempertahankan keputusannya dengan bantuan VAR. Osako tidak melakukan kesilapan daripada peluang keemasan itu.
Haraguchi melenyapkan terus sebarang harapan Iran untuk bangkit dalam minit pertama masa kecederaan dengan menyudahkan lorongan Minamino tanpa penjaga gol, Alireza Beiranvand, mampu berbuat apa-apa untuk menghalangnya.