MALAYSIA 0 JORDAN 3
Ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon, dalam situasi sukar memikirkan strategi lebih ampuh memandangkan barisan Harimau Malaya ketinggalan 0-3.
Tekanan awal yang diperagakan pasukan kebangsaan pada awal permainan di Stadium Al Janoub itu, sebentar tadi, tampak bertenaga dengan kesempatan pertama di dalam kotak penalti dihadirkan oleh Arif Aiman Hanapi.
Bagaimanapun, situasi itu hanyalah bersifat seketika akibat tindakan yang membiarkan Jordan bebas berkeliaran di bahagian tepi, lalu membawa padah kepada kubu negara apabila dihukum oleh lencongan menarik Mahmoud Al-Mardi pada minit ke-12.
Ketua pasukan negara, Matthew Davies, sekali lagi terperangkap apabila menghadiahkan sepakan penalti kepada pihak lawan berikutan kekasaran ke atas Yazan Alarab pada minit ke-13.
Selepas lima minit campur tangan video bantuan pengadil (VAR), Musa Al-Taamari menyudahkan peluang tersebut untuk kedudukan 2-0.
Kemudian keputusan VAR memihak Malaysia apabila membatalkan gol ketiga Jordan.
Tetapi itu tidak menyekat mereka untuk meraikan keputusan 3-0 menerusi tampanan Al-Mardi -- yang tercedera dan dikeluarkan -- selepas Corbin-Ong telah dipancing ke atas.