Skip to main content

Bola Sepak

Piala Asia: Dion Cools selamat tiba di Qatar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dion-cools.jpg
Pertahanan kental negara, Dion Cools, selamat tiba di bumi Qatar malam tadi bagi memperkuatkan Harimau Malaya menjelang saingan Piala Asia bermula 12 Januari ini.

Kedatangan pemain berusia 27 tahun itu melengkapkan senarai 26 pemain yang dibariskan ketua jurulatih, Kim Pan-gon, bagi saingan bola sepak terbesar peringkat Asia berkenaan.

Sebagai rekod, Malaysia akan berdepan Syria dalam satu aksi pemanas badan pada Isnin ini.

Harimau Malaya kemudian akan membuka kempen Piala Asia dengan bertemu Jordan (16 Januari), Bahrain (20 Januari) dan Korea Selatan (25 Januari) bagi saingan Kumpulan E.
 
 

Advertisement

Must Watch Video