Skuad B-23 negara tidak boleh mengulangi kesilapan menghadiahkan penalti kepada lawan seperti yang berlaku dalam dua aksi persahabatan menentang China dan Qatar baru-baru ini.
Pemain pertahanan Harimau Muda, Ubaidullah Shamsul, berkata kesilapan tersebut tidak boleh diulangi dalam aksi sebenar Piala Asia B-23 yang akan bermula Rabu ini sekiranya skuad negara mahu melangkah jauh dalam kejohanan itu.
"Kami kena kurangkan kecuaian dalam padang sebab dua perlawanan terakhir ini, kami beri lawan tiga penalti.
"Ia sesuatu yang perlu diperbaiki dan kita tak boleh lakukan untuk kejohanan lebih besar," katanya.
Sebagai rekod, empat perlawanan persahabatan menyaksikan skuad negara melakar kemenangan 2-1 dan seri 1-1 ke atas India.
Biarpun begitu dua aksi terakhir skuad negara tewas 1-2 kepada China sebelum tumbang 0-1 di tangan pasukan tuan rumah, Qatar. -- Sinar Harian