Indonesia bakal buka kempen Piala Asia B-23 dengan menentang pasukan tuan rumah, Qatar pada malam ini dalam kemunculan pertama mereka.
Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong, menjangkakan saingan hebat daripada pasukan-pasukan dari benua Asia namun tetap optimis dengan kemampuan skuadnya biarpun tanpa beberapa tonggak utama.
"Qatar, Australia dan Jordan merupakan lawan yang sangat kompetitif", kata Tae-yong.
Indonesia diundi dalam Kumpulan A bersama tiga lagi pasukan yang pernah raih tempat ketiga iaitu Australia (2020), Qatar (2018), dan Jordan (2013).
"Piala Asia B-23 tidak berada dalam kalendar FIFA, jadi saya tidak boleh mengatakan kami mempunyai persediaan yang sempurna, tetapi kami ada tetapan minda untuk meningkatkan dan berharap agar kami dapat menjelmakan prestasi yang baik", tambah Tae-yong.
Perlawanan ini boleh disaksikan secara langsung di Arena Bola saluran 803HD bermula pada jam 11.30 malam ini.
Skuad negara pula akan buka kempen Piala Asia B-23 pada rabu dengan perlawanan pertama menentang Uzbekistan pada jam 8.30 malam, juga boleh disaksikan secara langsung di saluran 803HD.
Untuk rekod, pencapaian terbaik Malaysia adalah pada edisi 2018 di mana skuad negara berjaya melangkah hingga ke pusingan suku akhir sebelum tewas kepada Korea Selatan dengan keputusan 2-1.
Selepas Uzbekistan, Malaysia bakal berdepan Vietnam pada 20 April, sebelum menutup aksi kumpulan menentang Kuwait pada 23 April.
?AFC U23 ASIAN CUP 2024 | Group A
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) April 15, 2024
22:30 | Qatar ?? ? ?? Indonesia
?GMT+7#AFC #AFCU23 pic.twitter.com/kG1LFvyTJa
Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong, menjangkakan saingan hebat daripada pasukan-pasukan dari benua Asia namun tetap optimis dengan kemampuan skuadnya biarpun tanpa beberapa tonggak utama.
"Qatar, Australia dan Jordan merupakan lawan yang sangat kompetitif", kata Tae-yong.
Indonesia diundi dalam Kumpulan A bersama tiga lagi pasukan yang pernah raih tempat ketiga iaitu Australia (2020), Qatar (2018), dan Jordan (2013).
"Piala Asia B-23 tidak berada dalam kalendar FIFA, jadi saya tidak boleh mengatakan kami mempunyai persediaan yang sempurna, tetapi kami ada tetapan minda untuk meningkatkan dan berharap agar kami dapat menjelmakan prestasi yang baik", tambah Tae-yong.
Perlawanan ini boleh disaksikan secara langsung di Arena Bola saluran 803HD bermula pada jam 11.30 malam ini.
Skuad negara pula akan buka kempen Piala Asia B-23 pada rabu dengan perlawanan pertama menentang Uzbekistan pada jam 8.30 malam, juga boleh disaksikan secara langsung di saluran 803HD.
Untuk rekod, pencapaian terbaik Malaysia adalah pada edisi 2018 di mana skuad negara berjaya melangkah hingga ke pusingan suku akhir sebelum tewas kepada Korea Selatan dengan keputusan 2-1.
Selepas Uzbekistan, Malaysia bakal berdepan Vietnam pada 20 April, sebelum menutup aksi kumpulan menentang Kuwait pada 23 April.
?ASEAN TEAMS IN AFC U23 ASIAN CUP HISTORY
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) April 14, 2024
As of 2024, Vietnam ?? is the team with the best performance in AFC U23 Asian Cup history when they were runners-up in 2018.
Vietnam ??&Thailand ?? have the most participation (4 times)
Indonesia ?? has its first debut in 2024 pic.twitter.com/SBVwPkEjhn