Skip to main content

Bola Sepak

Piala Asia B-23: Dua sepakan penalti China hukum skuad negara

malaysia-b-23.jpg
China memberi pengajaran berguna buat skuad B-23 negara yang dalam persiapan menghadapi pusingan akhir Piala Asia B-23 di Qatar. 

Anak buah Juan Torres Garrido itu dalam fasa terakhir persiapan di Qatar University sejak tiga hari lalu dan
tumbang 1-2 dalam satu perlawanan tertutup malam tadi. 

Gol skuad remaja kebangsaan disumbangkan Fergus Tierney pada minit ke-61 bagi mengimbangi sepakan penalti Aifeierding Aisikaer pada minit ke-26 sebelum mencipta  kemenangan menerusi satu lagi sepakan dari jarak 12 ela itu. 

Pasukan Malaysia B-23 akan menguji Qatar pula, tiga hari lagi, sebelum membuka kempen Kumpulan D menentang Uzbekistan diikuti Vietnam di Stadium Antarabangsa Khalifa, sebelum menentang Kuwait di Stadium Al Janoub.

 

Advertisement

Must Watch Video