Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Piala Asia 2023: Tidak mustahil TMJ pengurus Harimau Malaya, kata Hamidin

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hamidin-mohd-amin.jpg
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, tidak menolak kemungkinan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sebagai pengurus baru skuad Harimau Malaya.

Begitupun, jelasnya keputusan pemilihan peranan itu bukan terletak di tangan individu, sebaliknya tertakluk kepada barisan Ahli Exco FAM. 

"Kalau itu baik untuk pasukan kebangsaan, mengapa tidak?

"Saya nak bola sepak negara naik semasa saya memegang presiden FAM. Kalau itu bagus, tiada yang mustahil.

"Apa pun, ia bukan elemen Tunku Mahkota Johor ingin menjadi pengurus kerana bola sepak bukan individu, ia untuk rakyat.




"Kita juga nak satu hari nanti rakyat Malaysia dapat naik ke Piala Dunia. Kalau kita terus bekerja keras dalam 10 tahun lagi, betul perancangannya, lahirkan ramai pemain, ada kemungkinan ke arah itu.

"Bukan disebabkan individu. Saya tidak tolak sebarang kemungkinan," katanya kepada Wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, dalam  majlis kesyukuran di Wisma FAM , Kelana Jaya hari ini sempena dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA

Dalam pusingan akhir kelayakan Piala Asia di tempat sendiri Jun tahun lalu, ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon, turut bertindak merangkap pengurus. 

Tunku Ismail pernah memegang jawatan presiden FAM dari 2017 hingga 2018

Advertisement

Must Watch Video