Skip to main content

Bola Sepak

Piala ASEAN FIFA: Kelab harus lepaskan pemain, penggiliran skuad jadi perbincangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

asean.jpg
Kewujudan penganjuran Piala Asia Tenggara (ASEAN) FIFA yang dijangka bakal mengisi takwim Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bermula tahun hadapan, membuka dimensi lebih luas untuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyusun atur keperluan setiap lapisan pasukan mengisi kejohanan yang dipertandingkan di semua peringkat.

Berdasarkan keutamaan, sudah pasti tanggungjawab untuk mengutip setiap mata dalam aksi kalendar FIFA terarah kepada pasukan senior negara yang dijangka memiliki tugasan lebih penting dalam saingan peringkat Asia Tenggara.

Jika sebelum ini skuad utama Harimau Malaya sering berdepan dengan kesulitan untuk mendapatkan pemain utama rentetan kejohanan AFF tidak berlangsung dalam kalendar FIFA, kali ini isu itu sudah diselesaikan sepenuhnya.

"Kelab-kelab tidak boleh menafikan pelepasan pemain menyertai kem negara.

"Kerana, pertandingan ini dianjurkan oleh FIFA," kata Datuk Richard Scully kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Mungkin sudah tiba masanya untuk Piala AFF kembali ke rencana asal di mana ketika ia dikenali sebagai Piala Tiger bermula pada tahun 1996.

Ia berkonsep serantau yang asalnya diwujudkan untuk menambah kehangatan saingan bola sepak pentas ASEAN.

Secara keseluruhan keputusan ini memberi impak positif demi kemajuan bola sepak rantau ini.

"Persoalannya, di manakah anda mahu meletakkan keutamaan. Pembahagian skuad harus berlaku. 

"Piala ASEAN FIFA boleh menggunakan skuad utama, tetapi Piala AFF siapa?

"Adakah pemain bawah 23 tahun (B-23)? Terpulang kepada susun atur mereka. 

"Mungkin juga boleh beri pendedahan kepada tonggak B-19 menyertai kejohanan lain seperti Sukan SEA pula. 

"Apa salahnya anda diberi satu persada yang lebih baik, ia sekali gus jadi titik tambah buat kita," tambahnya.
Football

Nike Phantom 6 Low Academy

Control lebih kemas, larian lebih laju & sepakan lebih padu setiap game.
Gear Up Sekarang

Advertisement

Must Watch Video