Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memperkenalkan Piala ASEAN yang melibatkan 11 negara Asia Tenggara sebagai suntikan semangat baru dan simbol penyatuan negara-negara serantau.
"Piala ASEAN akan membabitkan semua 11 negara anggota rantau ini.
"Ia akan memberi impak besar bukan sahaja di rantau Asia Tenggara, tetapi juga di seluruh dunia," katanya hari ini selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) baru antara FIFA dan ASEAN yang disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai Pengerusi ASEAN.
Persefahaman itu dianggap cukup istimewa memandangkan angka 11 itu sendiri merupakan simbolik bahawa sesebuah pasukan terdiri daripada kesebelasan utama.
"Kini pasukan ASEAN lengkap, bersedia untuk menang," katanya.
Dalam masa sama, tiga prinsip utama menjadi intipati program MOU iaitu integriti dalam permainan, keselamatan persekitaran bola sepak dan pendidikan melalui sukan.
"Kami mahu memastikan bola sepak terus berkembang dalam suasana yang selamat dan mendidik generasi muda lelaki, wanita, kanak-kanak lelaki dan wanita di seluruh rantau ini," katanya.
Gear Up Sekarang

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya
Lengkapkan diri dengan kasut bola yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.
Gear Up Sekarang