Sesi latihan terakhir skuad kebangsaan berlangsung tenang dan membawa petanda positif dengan kehadiran semula Norshahrul Idlan Talaha yang bebas daripada masalah kesihatan.
Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, kini boleh menarik nafas lega selepas penyerang, Norshahrul, disahkan bebas daripada masalah kesihatan.
Norshahrul yang merupakan antara tonggak yang membantu skuad negara melangkah ke final Piala AFF tahun lalu sekali lagi bakal menjadi taruhan negara dalam saingan Piala Airmarine yang bermula esok.
Sasarannya ialah untuk mengutip mata bagi memperbaiki kedudukan ranking dunia sementara memastikan Malaysia dalam kelompok 34 pasukan terbaik Asia untuk mengelak daripada saingan 'play-off' kelayakan Piala Dunia.
Pertahanan negara, Matthew Davies, meluahkan keterujaan kembali beraksi untuk Malaysia selepas diketepikan daripada saingan Piala AFF ekoran kecederaan.
"Saya agak kecewa kerana tidak terlibat dalam skuad negara beraksi dalam Piala AFF tahun lalu. Saya sangat gembira kali ini kerana bebas daripada kecederaan dan mahu memberikan yang terbaik untuk Malaysia," katanya.