Pemain tengah skuad kebangsaan yang menerima jolokan Messi Malaysia, Faiz Nasir, mengakui dia terpaksa menggandakan usaha untuk menarik perhatian ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, bagi mengisi tapisan akhir 22 pemain menjelang saingan Piala Airmarine esok.
Fizikal Faiz yang kecil dengan ketinggian 157 sentimeter bukan pertaruhan yang baik untuk aksi di peringkat tertinggi, namun itu tidak bermaksud peluang untuk dia menyarung jersi negara buat pertama kali telah terkubur.
Tempoh lima tahun dalam Liga Malaysia, dia meraih penghormatan tertinggi apabila berada dalam senarai akhir 22 pemain.
"Ya, saya tahu saya memang kecil, jadi saya perlu bekerja lebih keras berbanding pemain lain. Mengenai gelaran Messi, ia tidak memberi makna. Apa yang penting, semangat untuk bermain dan memberikan kudrat 100 peratus semasa perlawanan," katanya.
Sementara itu, kembali bersama skuad kebangsaan selepas tidak memperkuatkan Harimau Malaya bagi saingan Piala Suzuki AFF tahun lalu memberi senyuman paling manis buat pemain berdarah campuran, Matthew Davies.
Dia mahu impaknya selaku pemain berdarah campuran mampu memainkan peranan utama dalam usaha membantu Malaysia menduduki kelompok 34 terbaik Asia selepas ini.
"Tentunya kecewa tidak dapat memperkuatkan pasukan ketika Piala AFF tetapi lega melihat Malaysia mara jauh. Namun, kini saya gembira dapat kembali bersama skuad Harimau Malaya," ujar Davies.