BOLA SEPAK
Piala AFF: Vietnam buktikan kejagoan -- Park Hang Seo
Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang Seo, merumuskan barisan anak buahnya sememangnya lebih ampuh berbanding Harimau Malaya sebagai modal kemenangan pasukannya semata-mata, bukan atas faktor lain.
Berikutan kemenangan dalam pertembungan Kumpulan B, Piala AFF, di Stadium My Dinh, malam tadi, pengendali dari Korea Selatan itu menganggap ia sebagai hadiah hujung tahun termanis daripada pasukannya buat penyokong Naga Emas.
"Saya dah pesan kepada pemain, dengan malaysia kami perlu menang.
Iklan
"Ini juga aksi terakhir 2022 maka ia perlu menjadi penutup yg sempurna, 3-0 hadiah kemenangan buat penyokong Vietnam," katanya selepas perlawanan.
Penjaga gol Vietnam, Dang Van Lam, mengakui teruji dengan asakan Malaysia dalam separuh masa pertama.
Namun, ternyata tuan rumah lebih ampuh merujuk beberapa perkara yang berlaku dalam babak kedua.
"Saya sangat gembira dengan kemenangan ini berikutan aksi agak cemas dalam separuh masa kedua.
"Kebangkitan kami membuktikan tahap permainan Vietnam lebih bagus daripada Malaysia," katanya.
Must-Watch Video