Jurulatih Vietnam, Kim Sang-sik, berkongsikan pemain yang menyarung jersi nombor sembilan negara, Bergson Da Silva, antara tonggak baharu naturalisasi Harimau Malaya yang perlu diberikan tumpuan.
Skuad kebangsaan akan turun berdepan skuad Naga Emas dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat, edisi perdana Piala ASEAN FIFA 2026 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, sebentar lagi.
"Malaysia kini memiliki jentera serangan yang lebih bagus dan lebih kuat. Aksi kali ini menampilkan pemain nombor 9 (Bergson), pemain naturalisasi baharu.
"Kita perlu bekerja lebih keras sebagai persediaan untuk menghalang pemain ini esok (hari ini)." katanya.
Untuk rekod, setakat ini Bergson berada dalam kelompok penjaring terbanyak di kedudukan kedua dengan mengumpul empat gol selepas tiga perlawanan peringkat dalam kejohanan yang berada dalam kalendar FIFA itu.
Saksikan perjuangan Harimau Malaysia di Sukan+ saluran 806 bermula jam 5.30 sebentar lagi.