Pemain catur pekak negara, Leong Ee Hern, muncul penyumbang pingat emas pertama Malaysia di Kejohanan Sukan Orang Pekak Asia Pasifik 2026 selepas cemerlang dalam acara final blitz individu apabila menumpaskan wakil India, Ambika Nagappa Masagi, di George Town, Penang, hari ini.
Pada asalnya Ee ern seorang pemain ping pong, namun pandemik Covid-19 menjadi titik permulaan buatnya menceburi sukan catur pada usia 10 tahun kerana kekangan untuk melakukan aktiviti luar.
Ibunya, Yee Sze wWei tidak menyangka minat mendalam anak bongsu daripada dua beradik itu terhadap catur berkembang begitu pantas, malah hampir setiap masa terluang dihabiskan untuk bermain secara atas talian.
'Ibu mana yang tidak mahu melihat anak berjaya', itu pegangan Sze Wei.
Meskipun mengakui kehidupan sebagai atlet kebangsaan memerlukan banyak pengorbanan daripada segi masa bagi latihan dan pertandingan, dia tidak pernah berfikir dua kali untuk terus memberikan sokongan sepenuhnya kepada Ee Hern.
"Dia sangat minat, saya beri dia sokongan. Kemana sahaja dia pergi, kejohanan berdurasi satu minggu, jadi sedikit penat.
"Seperti hari ini, selepas perlawanan baru boleh makan. Bukan mudah, walaupun bukan seperti sukan lain, tetapi agak memenatkan juga, mental dan fizikal dia perlu dijaga." katanya.