Di litar perlumbaan, di tengah kehangatan orang ramai sambil mendengar deruman bunyi enjin di Litar Antarabangsa Sepang, muncul satu kelibat yang cukup menonjol dan mencuri perhatian: sebuah telefon pintar -- HONOR Magic9 Pro Max.
Telefon flagship HONOR itu tampil sebaris dengan kamera profesional untuk merakam aksi kereta lumba yang memecut lebih 200 hingga 300 km/j, sekali gus menguji kemampuan fotografi telefon pintar dalam situasi berkelajuan tinggi.
Fotografi perlumbaan memerlukan ketepatan, kelajuan dan fokus tinggi kerana setiap detik berlaku dalam sekelip mata. Namun, hasil tangkapan Magic9 Pro Max di litar itu ternyata mencuri perhatian jurugambar profesional.
“Selepas melihat hasilnya, gambarnya jauh lebih jelas daripada yang saya jangkakan,” kata seorang jurugambar di lokasi.
Dilancarkan di China pada minggu lepas, HONOR Magic9 Pro Max memilih litar F1 untuk penampilan sulungnya di Malaysia, sekali gus mencabar had fotografi mudah alih, ia hadir dengan sistem imej sinematik ARRI serta dwi kamera 200MP, selain keupayaan telefoto dan tangkapan pantas.
HONOR Magic9 Pro Max memilih litar F1 untuk penampilan sulungnya di Malaysia, sekali gus mencabar had fotografi mudah alih.
Dengan sambutan hangat di China, persoalannya kini bukan lagi sekadar sejauh mana telefon pintar mampu merakam aksi pantas -- tetapi sejauh mana ia mampu mencabar ‘meriam’ profesional di tepi litar.