Skip to main content

Bola Sepak

Piala AFF: Terima kasih Syihan Hazmi, kata Afro

sharul-nazeem-malaysia-vs-myanmar.png
Pertahanan tengah skuad negara, Sharul Nazeem Zulpakar, menzahirkan rasa berterima kasihnya kepada penjaga gol, Syihan Hazmi Mohamed, selepas Harimau Malaya mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Myanmar dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Piala AFF di Yangon semalam.

Selepas Faisal Halim menjaringkan gol dalam babak kedua, pengadil mendapati bola terkena tangan Sharul Nazeem, yang mesra disapa dengan panggilan Afro, dalam kawasan penalti negara pada penghujung perlawanan.

Bagaimanapun, Syihan Hazmi muncul wira Harimau Malaya apabila menepis keluar sepakan penalti Win Naing Tun dalam waktu kecederaan.

Justeru, pertahanan Selangor FC itu, yang bingung dengan keputusan pengadil berkenaan, ingin berterima kasih kepada penjaga golnya.

"Saya tidak sangka dengan keputusan yang dibuat pengadil kerana mungkin pada pandangannya bola itu terkena tangan tetapi saya tidak nampak perkara itu berlaku.

"Jadi, saya mahu berterima kasih kepada Syihan kerana menepis keluar bola sepakan penyerang Myanmar itu.

"Saya rasa banyak lagi yang perlu pelajari dan banyak lagi kelemahan yang perlu saya perbaiki," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video