Penjaga gol negara, Syihan Hazmi Mohamed, mengakui tiada jaminan untuknya berada dalam senarai akhir pemain yang akan dibawa ke Kejohanan Piala AFF bermula 20 Disember ini.
Sebaliknya, pemain berusia 26 tahun itu mahu bekerja keras untuk layak dipilih sebagai benteng terakhir skuad negara dalam edisi kali ini.
Syihan Hazmi juga perlu bersaing dengan tiga lagi penjaga gol, iaitu Rahadiazli Rahalim, Azri Ghani dan Kalamullah Al Hafiz Mat Rowi bagi mengisi senarai akhir 23 pemain ke kejohanan itu.
"Saya tidak meletakkan diri saya di zon selesa kerana saya mahu memperbaiki diri saya, mahu pergi lebih jauh dan mahu mengekalkan fokus," katanya kepada wartawan Nadi Arena, Fadhirul Shuhaimi.
"Kerana jika kita berada di zon selesa, kita akan hilang fokus, mula main-main.
"Saya tidak meletakkan diri saya di zon selesa untuk melakukan yang lebih baik."
Sebelum memulakan kempen Piala AFF, Harimau Malaya terlebih dahulu akan menghadapi dua aksi persahabatan menentang Kemboja dan Maldives, masing-masing pada Jumaat ini dan Rabu depan.