Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Piala AFF: FAM turunkan lagi harga tiket

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fam.jpg
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan bahawa harga tiket bagi dua perlawanan  peringkat kumpulan melibatkan skuad kebangsaan diturunkan kepada serendah RM30.

Tiket terbuka, yang sebelum ini berharga RM50 dan RM45, kini diturunkan kepada RM30 manakala tiket premium, yang sebelum ini berharga RM70 dan RM60, kini diturunkan kepada RM50.

Bagi tiket grandstand pula, yang sebelum ini berharga RM100 dan RM70, kini diturunkan kepada RM60 manakala tiket kanak-kanak (6-12 tahun), yang sebelum ini berharga RM10, kini diturunkan kepada RM5.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, dalam kenyataann itu berkata: "Selepas menerima pelbagai reaksi daripada penyokong Harimau Malaya, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan ini mengumumkan bahawa harga tiket bagi dua perlawanan peringkat kumpulan Piala AFF 2022 menentang Laos dan Singapura akan diturunkan kepada serendah RM30.

"Untuk makluman semua, peningkatan harga tiket bagi edisi 2022 ini berbanding edisi 2018 terpaksa dibuat oleh FAM disebabkan peningkatan kos-kos berkaitan dalam tempoh empat tahun ini termasuk kos pengurusan dan penganjuran perlawanan.

"Selepas mengambil kira keluhan penyokong, FAM semalam telah mengumumkan untuk penurunan harga tiket asal berkenaan kepada RM45 bagi tempat duduk terbuka, RM60 tempat duduk Premier dan RM70 tempat duduk Grandstand, namun rata-rata penyokong masih mengharapkan penurunan harga yang lebih.

"Saya yang kini berada di Doha, Qatar terpanggil untuk meneliti semula perkara ini dan telah mengarahkan sekali lagi kepada Jawatankuasa Tiket dan Stadium FAM, yang dipengerusikan oleh Naib Presiden FAM, Datuk Posa Haji Majais, supaya mendapatkan juga solusi terbaik dalam memastikan situasi menang-menang dapat dicapai di antara FAM dan penyokong.

"Selepas pelbagai pandangan, penelitian dan perincian dibuat, maka Jawatankuasa Tiket dan Stadium FAM telah bersetuju dengan cadangan saya supaya harga tiket berkenaan dikurangkan lagi bagi memastikan ia dapat diterima oleh semua penyokong," katanya.

Advertisement

Must Watch Video