Pertahanan negara, Dominic Tan, tidak menggemari teknologi video bantuan pengadil (VAR) biarpun keputusan pengadil, Kim Dae Young, tidak menyebelahinya apabila jaringannya pada minit ke-55 dibatalkan.
Tatkala Piala AFF tidak mengetengahkan teknologi itu, Dominic biarpun terkilan -- jaringannya dalam pertemuan separuh akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi 'dirompak' -- masih tidak bersetuju dengan pendekatan sedemikian.
"Saya menentang penggunaan VAR kerana ia membunuh keindahan permainan ini. Pemain sudah pun meraikan jaringan tapi kemudian mendapati gol dibatalkan.
"Saya bermain di Thailand yang menggunakan VAR tapi saya anggap ia sebagai antiklimaks.
"Inilah keseronokan dalam bola sepak sebab selepas perlawanan, pasti akan timbul perbualan tentang banyak perkara. Sebab itulah saya menggemari bola sepak," katanya selepas perlawanan.
Ia secara tidak langsung menyaksikan Harimau Malaya membawa bekalan tipis hasil penyudah Faisal Halim ke Stadium Thammasat, Selesa ini.
"Ia cara yang bagus untuk merakam jaringan sulung bersama Malaysia.
"Tapi sudah bukan rezeki saya, saya akan cuba lagi.
"Yang penting kami menang 1-0 dan tidak dibolosi.
"Saya tidak rasa ada sentuhan (dengan pemain lawan) tapi pengadil perlu buat keputusan segera, jadi tiada tuah buat saya," katanya lagi.