Pemain tengah Sabah FC, Stuart Wilkin, mengakui sedikit kepenatan merujuk kepada tahap kecergasannya apabila tiada dalam kesebelasan utama ketika bertemu Terengganu FC dalam aksi ketiga terakhir musim ini.
Jadual padat Wilkin bukan hanya melibatkan saingan Liga Malaysia (Liga-) malah turut membabitkan aksi bersama skuad kebangsaan selain saingan kempen Piala AFC yang mendorong pemain berdarah Malaysia-England itu memerlukan rehat buat seketika.
Wilkin, bagaimanapun, menegaskan keadaannya semakin baik dan tidak mahu terlepas peluang untuk menjadi tonggak penting menjelang aksi dengan Hougang United dari Singapura, Khamis ini.
"Selepas bersama skuad kebangsaan, saya diberikan cuti selama beberapa hari.
"Tetapi adalah penting untuk memungut tiga mata.
"Kami akan bermain di tempat lawan jadi ia akan menjadi satu perjalanan yang sukar.
"Sudah lama saya tidak melakar gol buat Sabah tapi siapa pun yang muncul penjaring, saya tidak kisah asalkan dapat membantu pasukan," katanya.
Shaiful Shamsudin
Tue Nov 28 2023