Skip to main content

Bola Sepak

Piala AFC: Sathianathan minta Felda waspada ancaman Tampines

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sathianathan18417.jpg
Jurulatih Felda United, B. Sathianathan  memberi amaran kepada pemain jangan mengambil mudah terhadap cabaran Tampines Rovers walaupun kelab dari Singapura itu telah tewas tiga kali berturut-turut di saingan Piala AFC.

Kegagalan meraih tiga mata dalam dua aksi terakhir di Liga Super membuatkan Sathianathan resah memikirkan peluang pasukannya bertemu Tampines.

Tambahan mereka hanya berdepan dua pasukan bermasalah, Pulau Pinang dan Melaka, situasi itu dilihat bukan sesuatu yang baik kerana mereka amat memerlukan kemenangan ketika bertemu Tampines.

Seri atau tewas, Felda berdepan laluan berliku ke pusingan seterusnya.

"Tampines memiliki ciri permainan yang sama seperti Melaka dan Pulau Pinang kerana mampu menghasilkan permainan yang mampu mengejutkan kami. Saya berharap pemain-pemain mengambil peluang dalam perlawanan dengan sebaik mungkin," kata Sathianathan.

Ketika Sathianathan boleh menarik nafas lega kerana khidmat Wan Zack Haikal mampu digunakan, bahagian benteng Felda dilihat terlalu rapuh untuk berdepan Tampines.

Khidmat dua pertahanan, Shukor Adan dan Mootaz Junaidi mungkin diketepikan selain pemain tengah, Stuart Wark ekoran kecederaan.

"Tonggak utama pasukan masih belum pulih sepenuhnya, saya terpaksa menggunakan khidmat pemain-pemain muda untuk perlawanan ini."

Advertisement

Must Watch Video