Tidak seperti kebiasaan, ketua jurulatih Kuala Lumpur City FC, Bojan Hodak, lebih terbuka memberikan bayangan taruhan terbaik skuad The City Boys menjelang aksi final Piala AFC zon ASEAN sambil membedah kekuatan PSM Makassar.
Individu yang begitu sinonim menerusi pelbagai kejayaan di Liga Malaysia sejak 2006 itu, kini bergantung harap kepada ayam tambatan KL City, Romel Morales serta Paulo Josue untuk jadi pemacu kejayaan kecapi aspirasi di peringkat AFC.
Bojan memberikan indikasi awal pemilihan empat kuota slot pemain import diisi jentera serangan -- ini bermakna, posisi penjaga gol hampir pasti terus jadi milik Azri Ghani.
Antara tonggak yang diberi tanggungjawab oleh Bojan untuk mengawasi serangan PSM Makassar, Giancarlo Gallifuoco, merumitkan pemilihan baki pemain import namun apa yang pasti -- penyerang skuad juara Piala Malaysia itu akan jadi tumpuan utama pada pertemuan ini.
Ia berikutan perubahan formasi yang dilakukan Bojan demi kepentingan kekuatan pasukan -- sambil bergantung harap Jordan Mintah membuktikan kewibawaan di peringkat elit saingan AFC itu.
"Kami memiliki dua penyerang dan masa diperlukan untuk mereka sesuai dengan sistem permainan pasukan," kata Bojan.
"Kami telah melakukan beberapa pertukaran dalam corak latihan dan kami berharap ia akan berhasil."
Sementara itu, Bojan berkongsi ancaman utama bekas pasukan kendaliannya sambil mengingatkan anak buahnya untuk sentiasa waspada kelibat perancang utama PSM Makassar, Wiljan Pluim di sepanjang saingan.
"Wiljan memiliki kualiti hantaran yang baik dan itu harus dijadikan keutamaan ketika bertahan dalam aksi final itu nanti," katanya lagi.
Di kem PSM Kakassar -- di sebalik kegusaran melibatkan pengantunggan tonggak utama, Yuran Fernandes dan Agung Mannan, yang sememangnya merencatkan barisan terakhir -- pasukan yang menghuni tangga kedua liga Indonesia itu lebih selesa mengalih tekanan memuncak menjelang aksi final dengan melibatkan isu luar padang.
Dan, individu yang memainkan watak sang antagonis itu, siapa lagi kalau bukan bernardo Tavares -- yang terus menerus lantang bersuara ketidakpuasan hatinya terhadap AFC yang sekali lagi menganugerahkan hak penganjuran tuan rumah kepada KL City FC.
Tavares secara terang-terangan merayu agar skuad kendaliannya mendapat keadilan dalam aksi paling getir buat kedua-dua pasukan dalam menentukan hala tuju baki saingan musim ini.
"Kami sudah bertemu KL City sebelum ini di sini. Kami sekali lagi bertemu mereka di sini, saya tidak faham dan mengapa sekali lagi dipertandingkan di Malaysia?," kata Bernardo.