Skip to main content

Bola Sepak

Piala AFC: Darren akui gembira pastikan kemenangan Sabah

darren-lok.jpg
Penyerang Sabah FC, Darren Lok, mengakui teruja dapat membantu pasukannya meraih kemenangan berharga di hadapan penyokong sendiri ke atas Hai Phong dalam saingan Piala AFC semalam.

Darren turut percaya kemenangan ke atas kelab Vietnam memudahkan jalan Sabah untuk melangkah ke pusingan seterusnya tatkala aksi peringkat kumpulan masih berbaki dua perlawanan.

Bagi penyerang kebangsaan berusia 32 tahun itu lagi, dia akan sentiasa memberikan yang terbaik setiap kali diturunkan dalam mana-mana perlawanan.

Untuk rekod, selepas mengharungi empat perlawanan, Darren sudah meledak lima gol di samping dua bantuan gol untuk skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Advertisement

Must Watch Video