PIALA AFC
Piala AFC: Aidil Sharin lega pemain Kedah ikut perancangan dengan sempurna
Ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC, Aidil Sharin Sahak, lega apabila barisan pemainnya mengikut segala perancangannya dengan sempurna untuk menewaskan Visakha FC dalam aksi terakhir Kumpulan G, Piala AFC di Bali semalam.
Kedah melakar kemenangan 5-1 ke atas kelab Kemboja berkenaan untuk muncul juara kumpulan dan layak ke separuh akhir Zon ASEAN.
Ia merupakan satu kebangkitan paling dramatik selepas Lang Merah tewas 0-2 kepada pasukan tuan rumah, Bali United, dalam aksi pembukaan sebelum membelasah Kaya FC 4-1.
Iklan
Penyerang import baru daru Jordan, Mahmoud Al-Mardi, muncul penjaring hatrik dalam perlawanan itu tetapi Aidil Sharin memberikan pujian buat kesemua barisan pemainnya.
"Pujian perlu diberikan buat kesemua pemain kerana kita tahu, bukan mudah untuk menewaskan Visakha yang amat konsisten dalam dua perlawanan lalu," katanya dalam sidang media seperti yang dipetik Nadi Arena.
"Kami melakukannya dengan amat baik dalam babak pertama tetapi malangnya kami kehilangan sepakan penalti dan dibolosi satu gol.
"Ia tidak mudah tetapi pemain kami bangkit dengan amat baik dan meneruskannya dalam babak kedua, jadi pujian perlu diberikan buat kesemua pemain.
"Saya tidak mahu memberikan pujian buat individu kerana ini adalah bola sepak dan saya fikir mereka telah bekerjasama sebagai satu pasukan dan membuktikan tanpa mengira siapa yang menjaringkan gol, mereka dapat memberikan prestasi terbaik," katanya.
"Semua pemain harus diberi segala kredit" - Aidil Sharin, Ketua Jurulatih Kedah DAIntipati penuh hanya di Nadi Arena, 7.30 Malam ini pic.twitter.com/U0jWRFcfve— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) July 1, 2022
Must-Watch Video