Skip to main content

Bola Sepak

Peter Cklamovski dedah visi TMJ faktor Harimau Malaya sertai Piala CAFA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

petwerer.jpg
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, mengakui visi dan strategi Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, membantu skuad negara menyertai Piala Negara-Negara Persatuan Bola Sepak Asia Tengah (CAFA) 2025 yang akan berlangsung pada 26 Ogos hingga 9 September depan. 

Ia menyaksikan Harimau Malaya berpeluang mengasah taring susulan kejohanan itu menghimpunkan lapan pasukan handalan di pentas Asia termasuk dua pasukan yang sudah layak ke Piala Dunia iaitu Iran dan Uzbekistan.

"Menerusi momen menewaskan Vietnam di SNBJ dengan kehadiran hamper 60,000 penyokong, ia  momen yang istimewa buat bola sepak Malaysia.






"Secara jujurnya tanpa TMJ kami takkan dapat melakukannya dengan visi dan strategi baginda.

"Ia adalah peluang dan sesuatu yang mencabar untuk pergi ke Piala CAFA yang mencabar berdepan Iran, Uzbekistan yang sudah layak ke Piala Dunia, setiap pasukan memberikan cabaran berbeza.

"Kami akan beraksi di luar negara buat pertama kali pada September. Penting untuk Kami akan beraksi berdepan lawan yang sukar dan ia akan menguji kami. Itu caranya Harimau Malaya berkembang." katanya.

Dalam temubual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pengendali dari Australia itu turut berkongsi mengenai cabaran untuk menghimpunkan barisan pemain terbaik ketika barada di luar kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA, Ogos nanti.






"Kami sudah bercakap kepada pihak MFL mengenai aspek jadual perlawanan untuk berkerjasama bagi memastikan pemain bersedia bagi perlawanan nanti." tambahnya. 

Advertisement

Must Watch Video