Malaysia bakal membuat perhitungan di pentas perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2023 apabila bakal bertemu Tajikistan yang kini menghuni ranking yang ke 110.

Skuad Harimau Malaya layak ke perlawanan akhir setelah menundukkan India 4-2 pada Jumaat. Perhitungan tersebut bakal dilangsungkan pada 17 Oktober 9:00 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil, kekal menjadi venue perlawanan walaupun terdapat beberapa anggapan bahawa stadium tersebut belum masih bersedia untuk digunakan.

Bagi penyokong yang tidak berkesempatan untuk ke stadium, anda boleh menyaksikan siaran langsung bagi perlawanan tersebut yang dibawakan khas di saluran Astro Arena Bola 803 dan Astro Go.

Untuk info, pertemuan terdahulu melibatkan kedua-dua pasukan adalah sebanyak 3 kali di mana Malaysia menang sekali manakala 2 kali dimenangi Tajikistan. Pertemuan kali terakhir adalah di perlawanan akhir 48th King’s Cup 2022 yang menyaksikan Malaysia tewas dalam penentuan sepakan penalti 0-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam masa sebenar.