Jurulatih Selangor, P. Maniam, menegaskan dia terpaksa mengubah taktikal secara bertahan selepas kehilangan pemain import, Rufino Segovia, di awal permainan dalam aksi bertemu Kedah di Stadium Darulaman, semalam.
Jelas Maniam, dia merangka taktikal menyerang untuk menentang juara Piala Malaysia 2016 itu, namun segala-galanya terpaksa diubah selepas Segovia cedera pada minit ke-24 perlawanan.
Pengendali itu terpaksa akur andai ramai peminat membidas corak permainan skuad Merah Kuning yang sekadar bertahan kerana memikirkan itu jalan terbaik untuk mengelak pulang tanpa sebarang mata.
Maniam juga menambah sukar untuk meraih mata menentang Kedah, apatah lagi ketika beraksi di laman lawan.
"Rufino cedera dan sebab itu kami tidak boleh bermain dengan corak menyerang.
"Kami akui banyak bermain bertahan tetapi sasaran kami hanya satu mata dan pemain menunjukkan aksi yang baik," katanya.
Sementara itu, pengendali Kedah, Nidzam Adzha Yusoff, tidak menyembunyikan kekecewaan selepas gagal meraih tiga mata, namun menyifatkan kehilangan beberapa tonggak utama merupakan faktor utama.
"Keadaan pemain yang letih dan tidak bertenaga menyebabkan setiap keputusan yang dilakukan menggagalkan mereka untuk menjaringkan gol," kata Nidzam.