Joachim Low percaya "perubahan ketara" diperlukan dalam skuad Jerman selepas mereka tersingkir daripada peringkat kumpulan Piala Dunia.
Juara bertahan itu menghuni tangga tercorot Kumpulan F selepas mengalami kekalahan 2-0 kepada Korea Selatan kelmarin.
Ketua jurulatih, Low, yang masih belum membuat keputusan mengenai masa depannya walaupun memiliki kontrak hingga 2022 sebelum saingan Piala Dunia bermula, berkata perubahan amat diperlukan Jerman selepas mereka tersingkir di peringkat kumpulan buat kali pertama sejak 1938.
"Kami perlu mengharungi situasi ini -- sama seperti ketika kami tersingkir daripada peringkat kumpulan Euro 2004," katanya.
"Selepas ini, banyak perubahan yang akan berlaku. Selepas 14 tahun, kami bermain dengan lebih baik, konsisten sepanjang 10 tahun sebelum bergelar juara dunia.
"Penyingkiran ini amat mengecewakan, kami perlu menerimanya dan melakukan perkara yang betul selepas ini.
"Kami memerlukan perubahan," ujarnya lagi.
Penulis Jemputan
Thu Jun 28 2018