AUSTRALIA 0 PERU 2
Peru menamatkan kempen Piala Dunia 2018 dengan kemenangan selepas menewaskan Australia dalam aksi terakhir Kumpulan C, Piala Dunia di Stadium Fisht, sebentar tadi.
Pertembungan pertama di antara kedua-dua pasukan ini menyaksikan Australia ketinggalan pada minit ke-18 apabila hantaran silang Paolo Guerrero disempurnakan oleh Andre Carillo hasil rembatan dari luar kotak penalti.
Bersambung babak kedua, Peru memberikan tekanan kepada Australia dan menggandakan jaringan menerusi percubaan Guerrero.
Australia menurunkan Tim Cahill untuk membuat penampilan dalam saingan Piala Dunia buat kali keempat serta bintang termuda mereka, Daniel Arzani, namun masa terlalu suntuk buat mereka mencipta sebarang peluang menjaringkan gol.
Ternyata perlawanan ini tidak memihak kepada Australia yang melepaskan 14 percubaan ke arah pintu gol tetapi gagal menghasilkan sebarang jaringan.