Skip to main content

Bola Sepak

Persiapan Perak di landasan terbaik -- Yusri

wan-zack.jpg
Pengendali Perak, Yusri Che Lah, percaya Perak melewati pra-musim yang baik menjelang musim baharu Liga Malaysia yang bakal bermula Mei depan.

Perak menjalani aksi persahabatan dengan Geylang International FC semalam yang berjaya merakamkan kemenangan 3-0 di Stadium Perak. 

Meskipun terlalu awal untuk menilai pasukan 'baharu' kendalian Yusri Che Lah itu, namun keputusan di Ipoh nyata menggembirakan 2,060 penyokong Perak yang hadir ke stadium.

Yusri pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan berkata, walaupun pasukannya mencatat kemenangan, namun ia bukan penanda aras pasukan yang dibentuk berada pada tahap terbaik dan masih terdapat kelemahan serta ruang yang perlu diperbaiki.

“Objektif utama untuk menguji pemain beraksi di tahap yang lebih tinggi dan lebih mencabar khususnya pemain tempatan dan import baharu.

"Mungkin kita akan rombak lagi kerana masih berbaki tiga lagi perlawanan persahabatan pramusim. Apa yang saya ingin lihat kombinasi serta keserasian antara pemain baharu,” katanya.

Advertisement

Must Watch Video